Saturday, November 15, 2008

Saya Celaru Dan Tertekan

BALING: “Untuk kembali semula kepada suami pertama, jauh sekali...untuk bersama suami kedua, mahkamah pula larang! Saya celaru dan sangat-sangat tertekan,” kata Shanum Shaari, 35, wanita mempunyai dua suami yang diperintah mahkamah syariah supaya berpisah dengan suami keduanya.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Rawa, Sedim di sini semalam, suri rumah itu menceritakan perkara sebenar sebelum Hakim Syarie Mohd Roze Abdul Wahab memerintahkan dia berpisah dengan suami kedua, Syarif Jasin, 48, bagi mengelak mereka melakukan perkara ditegah hukum syarak.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas menerima permohonan rayuan suami pertama Shanum, Amir Affandy Zakaria, 39, supaya mahkamah mengeluarkan perintah mufaraqah atau memisahkan Shanum dengan Syarif yang bernikah di Yala, Thailand, pada 2005.( cerita seterusnya ).